Tuesday, July 5, 2011

Titis Air Mata Buat Bangsaku...

Sedih hati aku tatkala melihat kecetekan pemikiran anak bangsa Melayu yang juga merupakan bangsaku. Yang tumpah darahnya sama seperti diriku yang kerdil ini. Ya, memang kala dilihat pada pandang yang sekilas maka dilihat Melayu itu penuh bersemangat. Namun disebaliknya, mereka tidak langsung sedar akan kebodohan yang ditunjukkan dikala masing-masing kononnya menunjukkan semangat dan keberanian untuk menghadapi apa sahaja. Lebih menyedihkan, bekas-bekas pelajar yang sama menadah ilmu denganku di sekolah yang sama turut menonjolkan kebodohan serta kecetekan fikiran mereka. Konon kata mahu berjihad, akan tetapi tanpa sedar mereka sebenarnya hanya sekadar menjadi kuda-kuda atau lebih senang aku katakan dengan bahasa kasarnya barua bagi satu bangsa minoriti yang tak sudah-sudah menidakkan Melayu sebagai tuan kepada tanah bertuah ini. Tanpa sedar mereka sebenarnya hanya dipergunakan dan dijadikan boneka oleh mereka yang berkepentingan politik serta peribadi yang rakus ingin mencapai kehendak serta kemahuan mereka.

Ya, sememangnya aku bercakap tentang perhimpunan Bersih 2.0 yang akan dilangsungkan pada tanggal 9 Julai 2011 ini dalam keadaan apapun. Aku tidak kisah jika ada di antara yang membaca warkah ini bakal mengata aku, menghina aku, mencaci serta mencerca diri aku ini. Biarlah. Dan sebagaimana telah dilafazkan Isa Al-Maseh kala menghadapi seksaan dari kaumnya kepada dalam doanya kepada Allah: "Ampunilah mereka wahai Tuhanku kerana sesungguhnya mereka itu tiada tahu". Begitulah yang berlaku dikala ini. Semua kerana mereka itu tiada tahu sungguhpun setiap perkara yang berlaku di kala ini telah sekian lama diperjelaskan Allah dalam Kitab Suci al-Quran. Maka benarlah Kalam Allah dalam surah Ar-Rahman yang telah diulangi sebanyak 30 kali iaitu: 

فَبِأَيِّآلَاءرَبِّكُمَاتُكَذِّبَانِ


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan?"

Satu kali disebut bersamaan satu hari, maka 30 kali bermakna setiap hari kita telah mendustakan bukan hanya Kalam Allah bahkan Kitab Suci al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar diturunkan Allah dan ditinggalkan Rasul Allah, Muhammad S.A.W kepada sekelian umat selepasnya. Kerana pendustaan terhadap kitab suci itu jugalah kenapa dapat dilihat jelas, bangsa Melayu, beragama Islam yang terlalu taksub mengikuti sebuah parti politik yang kononnya mahu memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam, kini menjadi pengikut setia bontot seorang perempuan berbangsa India dan beragama Hindu yang tebal dengan pegangan agamanya serta budaya hidup keturunannya. Malah dalam tidak kita sedari perempuan itu juga merupakan seorang yang begitu menyanjung tinggi serta setia dan amat sayangkan budaya keturunan yang diamalkan di bumi nenek moyangnya sebelum sampai keturunannya sampai ke tanah bertuah bernama Tanah Melayu ini.

Jujur aku katakan di sini jika apa yang mereka lakukan sekarang ini dikatakan sebagai sebuah perjuangan jihad, maka aku akan mengangkat tanganku secara membelakang dihadapan muka orang yang mengatakan itu. Akan kulipatkan semua jari jemariku kecuali jari tengah atau jari hantuku yang akan aku tegakkan setegak-tegaknya sungguhpun rapat ke muka orang yang mengatakan itu. Dan sejujurnya akan kulakukan berulang kali sekiranya yang mengatakan itu adalah dari kalangan sebangsa dan seagama denganku. Kerana ternyata mereka telah terang-terangan menunjukkan kebodohan, kebanjingan dan kesundalan mereka. Bagi aku mereka ini hanya mencemarkan nama baik bangsa dan Agamaku. Malah mereka ternyata merupakan satu bangsa yang langsung tidak sayangkan tanah air mereka. Mereka ini menderhaka kepada tanah tumpah darah mereka yang telah sekian lama diperjuangkan oleh ramai nenek moyang orang Melayu yang telah begitu ramai berkorban nyawa mendapatkan kemerdekaan bagi tanah bertuan yang lebih gemar aku sebut namanya sebagai Tanah Melayu.

Sepertimana pernah dilaungkan Allahyarham Dato' Onn Jafar saat mula melangkah juangnya, "TANAH INI TANAH MELAYU!!! maka aku berkata kepada semua yang menjadi banjingan-banjingan pengikut bontot seorang perempuan India beragama Hindu itu, JANGAN SESEKALI KAMU SEKELIAN BANGSAT MENJUAL MARUAH TANAH BERTUAH INI..JANGAN SESEKALI KAMU MENJUAL KEAMANAN TANAH KERAMAT INI...JANGAN SESEKALI KAMU MENGGADAIKAN DAULAT KETUANAN MELAYU YANG MENAUNGI KAMU SELAMA INI..KAMU SEMUA JANGAN JADI BANGSAT, JANGAN JADI SUNDAL, JANGAN JADI BANJINGAN...JANGAN SESEKALI MEMBAWA BUDAYA BANGSA LUAR YANG BERAGAMA HINDU ATAU BUDDHA ITU MENJADI BUDAYA DI TANAH MELAYU YANG AKU SAYANGI INI...

Kalau nak berjihad belajar dulu bagaimana mahu berjihad ikut cara Islam. Terutama bagi teman-teman sepersekolahanku yang merupakan mereka yang telah diajarkan Islam kepada mereka. Terutama mereka yang telah ikut sama tertangkap dan meringkuk dalam kandang berjeriji besi bak seekor lembu yang terkurung dalam kandang besi. Selak dahulu al-Kitab itu dan jenguk-jenguklah kalaupun tak mahu memerhati ke Surah 47 yakni Surah Muhammad, Surah 22: Al-Hajj, serta jangan pula lupa membaca serta meneliti Surah 67: Al-Mulk. Bacalah dengan bahasa yang mudah kalian semua fahami yakni bahasa yang merupakan bahasa yang mana kamu dilahirkan, kerana sebagai Melayu, andainya pembacaanmu itu dalam bahasa Arab yang tidak kamu fasih tentangnya, maka tentunya tiada akan kamu benar-benar faham. Dan sesungguhnya Allah juga telah berfirman dalam Surah Maryam ayat 97 yang bermaksud:

"Maka sesungguhnya kami telah memudahka turunnya al-Quran ini dengan bahasamu (Wahai Muhammad), ialah supaya kamu memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supayan engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya".
Apa yang perlu kalian fahami dalam firman berkenaan adalah, Allah mengarahkan Rasul-Nya Muhammad untuk menyampaikan perkhabaran, pengajaran, peringatan dan amaran yang terkandung dalam al-Quran dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh sesebuah kaum itu iaitu bahasa kaum itu sendiri. Dan dalam konteks itu al-Quran kala itu dibacakan dalam bahasa Arab kerana ia disampaikan kepada orang-orang Arab. Dan sekiranya ketika itu Rasul-Allah menyampaikan kepada bangsa Melayu, tentunya Baginda akan menyampaikannya dalam Bahasa Melayu yang merupakan bahasa paling mudah untuk kita fahami. Ini adalah sesuatu yang seringkali kita tidak fahami menyebabkan kita ditekankan supaya membaca al-Quran dalam Bahasa Arab dengan disunatkan berlagu-lagu seperti taranum dan sebagainya semenjak turun temurun sungguhpun kita tidak pernah faham sepatah haram apa yang kita baca itu.

Pokoknya berjihadlah kerana berjihad itu tidak salah. AKAN TETAPI BERJIHADLAH DENGAN ILMU DAN JANGAN SESEKALI SEKADAR MENJADI PAK TURUT YANG SENANTIASA BERAKHIR DENGAN MENCIUM BONTOT ORANG LAIN. Islam tidak pernah mengajarkan membuat kecoh di tengah-tengah jalan raya sehingga menyusahkan orang ramai kerana cara itu hanya akan membuat orang jelak, marah, menyampah dan akhirnya mengutuk, mencaci, memaki-hamun serta mencerca kita. Allah telah mengurniakan akal yang waras sebagai tanda manusia itu makhluk paling baik penciptaannya dan kerana itu juga ia diletakkan di tempat paling atas dalam struktur badan manusia. Oleh itu janganlah pula kita meletakkan akal itu di telapak kaki dan meletakkan pula nafsu kita di tempat yang sepatutnya diduduki akal. Berfikirlah dengan akal dan bukannya dengan lubang bontot yang akhirnya akan membuat kita menyesal dan keluarga serta sanak saudara merana kesusahan. Hatta dalam al-Quran sendiri kita telah diajar untuk berfikir menggunakan akal.

Ya... benar penganjur itu telah akur untuk tidak mengadakan demonstrasi jalanan, sebaliknya berlih membuat perhimpunan dalam stadium selepas dinasihati DYMM Yang Dipertuan Agong. Itu di hadapan Agong dan Sultan. Tetapi dalam hatinya kita tak tahu, waima kita juga tidak tahu apa agendanya yang sebenar. Sedangkan dia telah terbukti seorang manusia yang sangat munafik apabila dahulunya cukup kuat semangat perjuangan anti Islam dan memperjuangkan agar negara ini membenarkan perlakuan MURTAD, tetapi kini sibuk mahu bersama pembangkang-pembangkang dari kalangan Melayu dan Islam untuk menyokong propagandanya. Namun pelik kerana kebanyakan yang Islam ini seumpama lembu dicucuk hidung menurut sahaja kemahuan Pembela Murtad ini. TAK TAHU MALUKAH MELAYU DAN ISLAM INI? Kenapa begitu rendah kalian letakkan darjat kalian di hadapan cucu cicit pengembala Lembu Berhala itu? Kalian semua ini sudah tak ada maruahkah? atau kalian semua mahu turut jadi Hindu dan Buddha?

Friday, June 24, 2011

BERSIH 2.0; Adakah benar-benar bersih?

Kala ini tentu ramai rakyat Malaysia mnantikan tarikh 9 Julai 2011 yang mana satu perhimpunan atau demonstrasi jalanan yang dipanggil 'Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil' (Bersih 2.0) dijangka akan dilaksanakan. Presidennya, Dato' S Ambiga telah bertegas untuk meneruskan perhimpunan itu dan sanggup menghadapi apa sahaja tindakan bagi meneruskan niatnya. Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagaimanapun telah menasihatkan agar perhimpunan berkenaan atau mana-mana perhimpunan atau demonstrasi jalanan tidak diadakan pada hari berkenaan dan telah membekukan semua permit untuk tujuan itu. Polis juga telah menegaskan bahawa mereka akan menggunakan seluruh kekuatan dan peruntukan undang-undang yang ada bagi memastikan sebarang perhimpunan tidak berlangsung pada hari berkenaan serta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati atau terbukti cuba mengadakannya.

Ramai yang setuju perhimpunan itu berlangsung, dan ramai juga yang membantah. Bagi aku, aku memang tidak suka melihat perkara-perkara seperti itu dan merasakan ianya hanya membuang masa serta merasa ia lebih banyak membawa kerugian. Kita tidak perlu menjadikan Malaysia seperti Thailand, Indonesia atau India, yang mana perhimpunan, demonstrasi jalanan, tunjuk perasaan telah menjadi seperti sebahagian daripada budaya mereka. Ambillah iktibar daripada kesan-kesan buruk yang ditanggung beberapa negara baru-baru ini akibat demonstari, tunjuk perasaan dan perhimpunan yang diadakan rakyat mereka. Adakah kita mahu Malaysia turut menanggung keadaan yang sama.

Bagi aku, demonstrasi yang diadakan hanya akan menjadi gangguan kepada keamanan dan keharmonian negara serta tentunya akan membawa kesan buruk terhadap ekonomi. Tentu banyak perniagaan yang bakal terganggu terutama di kawasan setempat. Kepada rakyat Malaysia, jadilah seorang individu yang bijak dan kenal pasti siapa sebenarnya penganjur perhimpunan seperti itu. Apa yang pasti mereka tentunya seorang yang mempunyai kepentingan diri dan politik serta akan berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamatnya. Jangan jadi korban atas kepentingan mereka yang mencari keberuntungan serta kepentingan politik dan akhirnya menjadi banduan di lokap polis...

Sang Semilir Sakti...

Wednesday, June 22, 2011

KHEN WEI MAHU PULANG…


Keratan akhbar Sinar Harian Edisi Perak, Muka PK8,
isu 28 Mei 2011
Keratan akhbar ini adalah salah satu daripada laporan yang pernah aku buat semasa bertugas di Manjung. Sinar Harian Edisi Perak, muka surat PK8, isu 28 Mei 2011. Masih agak baru lagi laporan akhbarnya, tetapi derita uncle Ng Khen Wei ni la yang panjang. Aku sebenarnya sedih dan kasihan dengan derita yang uncle ni tanggung. Muka dia senyum jer masa aku temuramah dia sehari sebelum berita ni dipublishkan. Tapi bila tengok jauh ke dalam mata dia, memang dapat tengok kesayuan dalam diri dia yang sangat-sangat berhasrat nak balik ke kampung halaman, tempat kelahiran dia, iaitu di Kalabakan, Tawau, Sabah.

Hj Azri bin Jaafar
Pegawai Khas ADUN Pangkor
Pertemuan aku dengan Ng Khen Wei yang kini telah berusia 54 tahun telah diaturkan oleh Tuan Haji Azri bin Jaafar, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor (Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir) di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pangkor/Pejabat UMNO Bahagian Lumut, yang meminta aku menulis artikel berkenaan Khen Wei. Tuan Haji Azri ketika itu sedang berusaha untuk membantu Khen Wei untuk membuat MyKad dan seterusnya dapat kembali menetap di kampung halamannya.

Setelah bersembang sekitar lebih kurang 1 jam setengah dengan Khen Wei, apa yang aku dapat tahu ialah Khen Wei merupakan salah seorang anak Sabah yang menjadi mangsa Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1963-66 dahulu {bagaimanapun semasa ditemuramah Khen Wei mendakwa peristiwa kekecohan yang ditimbulkan tentera Indonesia berlanjutan hingga 1970 ~ Wallahu A'alam}. Diceritakan Khen Wei sendiri, ketika serangan dilakukan Indonesia ke atas Sabah, dia bersama beberapa orang lagi pemuda kampung telah diselamatkan seorang lelaki yang tidak dikenali, yang telah membawa mereka semua ke tanah Semenanjung ini dan pada ketika itu, dia baru berumur 13 tahun . Ditanya tentang ibu bapanya, Khen Wei mengaku telah lupa nama mereka dan hanya ingat ibunya berketurunan Kadazan sementara bapanya berketurunan Cina.

Dia tiba di tanah Semenanjung dalam keadaan sehelai sepinggang dan kini telah 40 tahun berkelana sehinggalah dia sampai ke daerah Manjung dan kini menetap di kampung Kayan, Sitiawan. Dan hidup sebatang kara, tanpa pernah berkahwin, baru dia tahu kepentingan memiliki MyKad atau kad pengenalan. Itupun setelah dia ditangkap polis pada April 2006 dahulu kerana tidak memiliki kad pengenalan. Identitinya sebagai warga Sabah telah dikenal pasti seorang anggota polis di IPD Manjung yang juga berasal dari Sabah. Setelah itu Khen Wei telah berusaha melalui pelbagai cara untuk mendapatkan kad pengenalan atau MyKad termasuk melalui MCA dengan berjumpa sendiri dengan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Kong Cho Ha di Sitiawan. Namun gagal dan kini dia begitu berharap harapan terakhirnya iaitu melalui bantuan parti tertua dan terulung di Malaysia, iaitu UMNO dapat membantunya.

Ng Khen Wei
Seperti telah dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara Khen Wei perlu balik ke Sabah untuk membuat rujukan kembali kelahirannya sebelum proses pengesahan kewargaan dapat dilaksanakan bagi membolehkan dia mendapat MyKad seperti sepatutnya. Di Sabah ADUN Apas, Dato' Tawfiq Abu Bakar Kitingan telah memberi persetujuan untuk membantu dengan syarat UMNO Bahagian Lumut atau pusat dapat membantu membawa balik Khen Wei ke Sabah dan seterusnya ke kampung kelahirannya. Tawfiq juga telah memaklumkan bahawa sebaik sahaja kaki Khen Wei mencecah bumi Sabah, beliau akan serta-merta mengambil alih peranan, dan akan membantu Khen Wei sepenuhnya sehingga dia mendapat MyKad dan dapat terus menetap di kampung halamannya.

Telah ada yang memberi kesanggupan membantu dan apa yang perlu dibuat sekarang ini adalah membawa Khen Wei balik ke Sabah. Tn Azri telah menemui serta menghubungi semua pihak yang sepatutnya dan ingin mengetahui siapa dapat membantu serta prosedur yang perlu diikuti bagi menyelesaikan masalah Ng Khen Wei itu. Namun, usaha menemui kesulitan kerana  terlalu banyak alasan yang diberikan dan tidak ada pihak yang benar-benar mahu tampil ke hadapan untuk membantu.

Paling menyedihkan, apabila telingan aku ini mendengar sendiri ucapan yang tidak sepatutnya daripada orang kuat politik serta UMNO sendiri dalam menyelesaikan masalah Khen Wei ini adalah persoalan apa liability yang akan diperolehi UMNO sekiranya berjaya menyelesaikan masalah Khen Wei itu. Apa maksud semua itu, kenapa kulit keikhlasan untuk membantu perlu bertanyakan apa yang boleh menguntungkan UMNO dalam usaha murni ini. Kenapa perlu menjuruskan bantuan kepada Khen Wei itu ke arah politik. Adakah ini caranya berjuang untuk bangsa dan rakyat?

Khen Wei (kanan) perlu pulang ke Sabah dan membuat
semakan kelahiran bagi membolehkan dia memiliki MyKad
Maaf, aku bukan nak menghentam UMNO, tapi aku ini berpandangan neutral. Aku puji keikhlasan Tn Azri membantu Khen Wei, namun sedih dengan sikap segelintir kepimpinan serta perwakilan UMNO yang setiap masa hanya mementingkan keberuntungan diri mereka. Mereka seperti tidak pecaya bahawa keikhlasan membantu mereka yang kesusahan kelak akan dibalas secara adil dan saksama serta diberi ganjaran setimpal oleh Allah. Yang penting ini adalah masalah rakyat di Negara ini yang sepatutnya didahulukan sepertimana yang telah dilaung-laungkan. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Satu perkara lagi yang membuat aku sedih dengan kerajaan kita adalah komplikasi yang ditimbulkan melalui kerenah birokrasi yang tidak pernah mahu berubah. Sehingga sekarang Khen Wei masih menunggu dan sering tertanya-tanya, bila dia boleh balik ke Sabah.

Adakah pihak kerajaan takut Khen Wei melarikan diri sbaik tiba di Sabah?  Jika itu menjadi alasan, maka persoalannya adalah, apa gunakan agensi di bawah KDN? Terutama Cawangan Khas PDRM atau lebih dipopular dengan nama Special Branch (SB). Bukankah KDN boleh sahaja mengarahkan SB-SB berlambak di Negara ini termasuk juga di Sabah untuk mengiringi serta mengawal Khen Wei sepanjang proses berkenaan sehingga dia disahkan warga tempatan Sabah dan menerima MyKadnya. Hatta Tn Azri sendiri telah menyatakan beliau sanggup mengiringi Khen Wei sepanjang proses itu berlangsung bagi memastikan Khen Wei tidak mengambil kesempatan melarikan diri.

Terdapat banyak cara sebenarnya sebagai langkah keselamatan serta jaminan dalam menyelesaikan masalah Khen Wei in, namun seperti yang telah dikatakan pada awal tadi. Karenah birokrasi jabatan kerajaan yang terlalu cerewet dan ada ketikanya sengaja menyukarkan keadaan. Buat kerja ala kadar dan pelbagai lagi. Terlalu banyak alasan diberikan dan bukannya hendak berusaha mempercepatkan usaha ini agar Khen Wei yang semakin tua itu dapat kembali hidup tenang di tanah tumpah darahnya. Hatta kalangan kakitangan kerajaan sekarang ini terutama generasi bah entahkan tahu entahkan tidak tentang sejarah Konfrontasi Indonesia-Malaysia untuk turut sama merasai, menjiwai dan bersimpati atas keperitan yang terpaksa dilalui Khen Wei.

Kini persoalan yang timbul adalah…bila baru masalah Khen Wei ini dapat diselesaikan atau adakah ia akan dapat diselesaikan. Adakah perkara ini juga akan ditangguh sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 kelak? Sepertimana yang telah dikatakan di awal tadi, untuk mendapatkan liability politik…

???
Sang Semilir Sakti…

Tuesday, June 21, 2011

Salam perkenalan...

Akhirnya atas saranan, desakan, cadangan dan bermacam bentuk suara yang dilontarkan kawan, sahabat, teman dan seangkatan dengannya, maka muncul akhirnya satu blog milik Mustaqim Amir Azuari Mohamed a.k.a Amir 'Flaming Coffin' Mohamed {nama gua kat FB}.

Sebetulnya aku masih baru bermain blog dan sepertinya anak-anak kecil yang baru mahu berjinak tentunya aku ini tidak begitu mahir dengan permainan di blog.

Lamun, setahunya aku ini, sepertimana pernah diceriterakan kawan, sahabat, rakan dan taulan, blog merupakan tempat di mana lontaran idea, pendapat, pandangan serta luahan rasa dapat dibuat.

Aku tidak mengkhaskan blog ini untuk memperkenalkan diri aku, mahupun ingin ianya menjadi sebuah diari perjalanan hidupku, akan tetapi lebih kepada ingin menjadi tempat aku melontarkan idea-idea, pandangan serta buah fikirku mengenai pelbagai perkara terutama sekali tentang isu yang menyelubungi bangsa dan ngaraku, nasib dan masa hadapannya serta pelbagai lagi.

Sementelah, aku juga ingin menjadikan blog ini sebagai sebuah tempat di mana aku dapat memperkayakan dan berkongsi pemahaman diriku serta lain-lain orang yang banyak tentang pelbagai perkara baik lahiriah, batiniah, dan paling penting Islamic serta Religious.

satu lagi, mungkin di blog ini kalian akan dapat melihat banyak penggunaan bahasa Melayu lama, tua, puitis serta pelbagai lagi kerana itulah aku yang aku ingin kalian kenali...sebagai Melayu...anak Melayu...Perwaris bangsa penjunjung adat Melayu...Aku adalah aku...dan fitrah kejadianku dalam keponakan Melayu...maka bahasa lidah ibundaku juga adalah Bahasa Melayu...aku sayang Agamaku, aku sayang bangsaku dan aku sayang bahasaku...

Arakian, tidak mahu lagi ku perpanjangkan introduksi aluan kalian ke blog aku ini...dan aku sudahi ianya dengan ucapkata...Selamat Datang, Selamat Singgah, Selamat Sejahtera dan Assalamualaikum Warahmatullah {Sejahtera dan dirahmati Allah ke atas kamu semua}...